Piala Dunia 2018: Skuad Portugal dan Argentina tiba di Rusia
Agensi
Jun 10, 2018 12:29 MYT
Jun 10, 2018 12:29 MYT
Pasukan bola sepak Portugal tiba di kem pasukan mereka di Kratovo, 40 kilometer di tenggara Moscow pada Sabtu.
Ini bagi membuat persediaan menghadapi perlawanan pertama Piala Dunia Rusia 2018 bertemu Sepanyol pada Jumaat depan.
Sesi latihan pertama anak buah Fernando Santos itu dijadual berlangsung pada Ahad.
Terdahulu pasukan ini diundi bersama Sepanyol, Iran dan Maghribi dalam kumpulan B.
Selain Portugal, anak buah jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli juga selamat mendarat di Moscow dengan penuh bergaya pada hari yang sama.
Diketuai kapten Lionel Messi, skuad Argentina bakal berentap bagi merebut trofi ketiga Piala Dunia yang kali terakhir diraih pada 1986 di Mexico.
Terkenal dengan jolokan Albiceleste, Argentina diundi bersama pasukan Croatia, Iceland dan Nigeria dalam kumpulan D.
Mereka bakal bertemu Iceland dalam perlawanan pertama kumpulan D di Otkritie Arena pada Sabtu depan.