Piala Dunia 2014 merupakan penampilan terakhir bagi Franck Ribery

Astro Arena
Mei 22, 2014 09:07 MYT
Pemain tengah Perancis itu telah beraksi pada Piala Dunia 2006 dan 2010
Tonggak Perancis Franck Ribery mengesahkan temasya Piala Dunia 2014 kali ini merupakan yang terakhir baginya dengan mensasarkan untuk muncul juara.
"Ia akan menjadi Piala Dunia terakhir saya," katanya. "Kami akan bermain untuk meraih sesuatu dengan cuba memenangi Piala Dunia."
Namun bintang Bayern Munich itu belum merancang untuk bersara daripada pentas antarabangsa apabila dijangka akan beraksi dalam Euro 2016 di mana Perancis akan menjadi tuan rumah.
Piala Dunia kali merupakan yang ketiga buat Ribery selepas tampil dalam edisi 2006 dan 2010.
- Astro Arena -
#Franck Ribery #Perancis #Piala Dunia 2014