Piala Davis: Rusia muncul juara buat kali ketiga
Astro Arena
Disember 6, 2021 12:35 MYT
Disember 6, 2021 12:35 MYT
PERSEKUTUAN Tenis Russia (RTF) melakar kemenangan Piala Davis 2020-21 selepas mengatasi Croatia 2-0 dalam aksi final di Madrid.
Daniil Medvedev dan Andrey Rublev memastikan kejuaraan milik RTF berikutan kemenangan 7-6, (9-7) 6-2 dan 6-4, 7-6 (7-5) ke atas Marin Cilic dan Borna Gojo.
Ia melengkapkan kejuaraan berganda buat Russia selepas Liudmila Samsonova mencetus inspirasi buat pasukan wanita apabila memenangi Piala Raja Billie Jean bulan lalu.
Membuat penampilan dalam aksi final pertama Piala Davis sejak 2007, RTF hanya tewas dua perlawanan awal -- satu daripadanya ketika mengatasi Jerman ketika keputusan sudah memihak mereka.