Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Astro Arena
November 27, 2023 11:10 MYT
November 27, 2023 11:10 MYT
JANNIK Sinner meneruskan rentak cemerlang ketika menentang Novak Djokovic dengan membawa Itali merangkul kejuaraan Piala Davis pertama mereka selama 47 tahun.
Ketika Sinner merenung tiga mata perlawanan pada Sabtu, dengan Itali 1-0 ketinggalan kepada Serbia, ia kelihatan seperti mustahill dia akan menjulang trofi itu 24 jam kemudian.
Namu,n pemain nombor empat dunia itu entah bagaimana bangkit untuk menewaskan Djokovic, mengulangi pencapaian dalam acara beregu bersama Lorenzo Sonego, dan kemudian menewaskan Alex De Minaur dari Australia 6-3 6-0 pada Ahad, untuk meraih kemenangan 2-0.
Ia mencetuskan keraian yang menggembirakan dalam kalangan rakan sepasukan Sinner dan penonton di Palacio de Deportes Martin Carpena yang penuh sesak dan meriah di Malaga.
Kemenangan itu menjadikan kejuaraan Piala Davis yang kedua buat Itali selepas kejayaan pada 1976 ketika mereka terus meraih ganjaran daripada pelaburan besar mereka dalam tenis lelaki dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Manakala bagi Australia, ia lebih mengecewakan selepas tewas 2-0 kepada Kanada dalam perlawanan akhir 12 bulan yang lalu.