Piala Asia Qatar: Lilitan kapten bakal dipakai Matt Davies?
Astro Arena
Januari 9, 2024 16:32 MYT
Januari 9, 2024 16:32 MYT
KELIHATAN pemain pertahanan negara, Matt Davies, memakai lilitan kapten ketika perlawanan persahabatan bertemu Syria awal pagi tadi.
Malaysia membuka jaringan menerusi Arif Aiman Md Hanapi pada separuh masa pertama (minit ke-39) sebelum Syria bangkit dengan dua gol dalam tempoh empat minit di separuh masa kedua menerusi Pablo Sabbag (minit ke-70) dan Ibrahim Hesar (minit ke-74).
Paulo Josue kemudiannya kembali mengikat kedudukan pada minit ke-78 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.
Ia merupakan perlawanan yang tertutup namun selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuat naik gambar menerusi media sosial, satu kelibat yang mencuri tumpuan apabila menyaksikan Matt Davies memakai lilitan kapten sekal igus dijangka bakal mengetuai pasukan menghadapi Piala Asia.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro