Piala Asia: Jordan lebih layak menang berbanding Korea Selatan - Klinsmann

Astro Arena
Februari 7, 2024 14:10 MYT
Jordan mencipta sejarah layak buat kali pertama ke final Piala Asia, sekali gus memusnahkan impian Korea untuk menamatkan kemarau gelaran sejak 1960. - Foto Stadium Astro
KETUA jurulatih Korea Selatan, Jirgen Klinsmann, dalam nada penuh kecewa mengakui Jordan lebih layak ke final Piala Asia Qatar 2023.
Gol daripada Yazan Al Naimat and Musa Al Tamari di Stadium Ahmad Bin Ali awal pagi tadi memastikan Jordan mencipta sejarah layak buat kali pertama ke final Piala Asia, sekali gus memusnahkan impian Korea untuk menamatkan kemarau gelaran sejak 1960.
"Kecewa kerana sasaran besar kami adalah untuk layak ke final tetapi Jordan lebih layak mendapatkan kemenangan ini," kata Klinsmann.
"Saya berkata kepada pasukan bahawa kami perlu memenangi pertemuan ini tetapi Jordan mengatasi hampir semua pemain kami dalam babak pertama. Apabila anda dibolosi, ia hampir sentiasa disebabkan sesuatu kesilapan.
"Saya amat kecewa dan amat marah kerana kami sepatutnya melakukan yang lebih baik. Sebelum perlawanan kami sydag berbincang bahawa kami perlu memenangi pertempuran ini tetapi kami seperti tidak wujud sepanjang 30 hingga 35 minit pertama.
Jordan lebih memahukannya dan itulah yang mereka tunjukkan," katanya seperti yang dipetik daripada laman web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Piala Asia #Korea Selatan #ketua jurulatih #Jirgen Klinsmann #Jordan
;