Piala Asia: Indonesia gugurkan Saddil Ramdani
Astro Arena
Januari 11, 2024 13:07 MYT
Januari 11, 2024 13:07 MYT
SEHARI sebelum upacara pembukaan Piala Asia Qatar 2023, Indonesia melakukan perubahan kontroversi apabila menggugurkan nama bintang Sabah, Saddil Ramdani.
Menurut laporan CNN Indonesia, nama Saddil digugurkan daripada skuad bimbingan Shin Tae-yong itu untuk memberikan laluan kepada seorang lagi pemain tengah, Adam Alis.
Laporan itu juga mendakwa nama Saddil sudah tiada dalam senarai 26 pemain skuad Garuda berkenaan dalam daftar terkini pemain mereka yang dikeluarkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro