Piala Asia: Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga dalam ranking FIFA

Astro Arena
Januari 26, 2024 08:00 MYT
Skuad Harimau Malaya bergambar bersama-sama selepas perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, pada Khamis. - Gambar Bernama
MALAYSIA berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea pada Khamis.
Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan jaringan 3-3 itu memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.
Sebelum ini, kedudukan semasa ranking Harimau Malaya berada di tangga 136 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.
Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3). - Stadium Astro

[FIFA Rankings update : #AsianCup2023] South Korea 3-3 Malaysia Points after match 1540.44 (- 12.30) 1110.08 (+ 12.30) Rankings after match 25 ( 2) 132 ( 4)#FIFARankings

— Footy Rankings (@FootyRankings) January 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Piala Asia 2023 #harimau Malaya #ranking FIFA #kedudukan Malaysia
;