Piala Asia: China sekadar seri tanpa jaringan dengan Tajikistan

Bernama
Januari 14, 2024 13:45 MYT
Pada minit ke-80, tandukan Zhu membuatkan penyokong Tajikistan senyap seketika sebelum video bantuan pengadil (VAR) mendapati tandukan itu tidak dikira. - Gambar/ AP
DOHA: China memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Tajikistan untuk Kumpulan A selepas tandukan pemain pertahanan China Zhu Chenjie tidak dikira, lapor Xinhua.
Tajikistan yang menduduki ranking ke-106 dunia dilihat menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan.
China bangkit pada separuh masa kedua selepas jurulatih Aleksandar Jankovic melakukan pertukaran pemain.
Pada minit ke-80, tandukan Zhu membuatkan penyokong Tajikistan senyap seketika sebelum video bantuan pengadil (VAR) mendapati tandukan itu tidak dikira.
IKUTI KEPUTUSAN, JADUAL DAN BERITA TERKINI PIALA ASIA QATAR 2023 DI SINI
Jankovic mengakui anak buahnya kelihatan agak tertekan pada separuh masa pertama dan beberapa perubahan penting akan dibuat sebelum aksi seterusnya menentang Lubnan.
Untuk Kumpulan B, Australia mengatasi India dengan kemenangan 2-0 selepas Jackson Irvine dan Jordan Bos kedua-duanya menjaringkan gol pada separuh masa kedua.
Uzbekistan pula sekadar seri tanpa jaringan dengan Syria.
-- BERNAMA
#Piala Asia #Kumpulan A #China #Tajikistan
;