Piala Asia 2023 bakal pecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah kejohanan

Astro Arena
Januari 12, 2024 19:30 MYT
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John berkata ia adalah misi bagi pihak AFC untuk menaikkan bola sepak Asia ke serata dunia. - Foto AFC
SAINGAN Piala Asia Qatar 2023 bakal memecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah sejak kejohanan itu bermula.
Kejohanan bola sepak terbesar Asia yang akan berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024 itu bakal menghimpunkan hampir 60 syarikat penyiaran untuk menyiarkan kesemua perlawanan ke 160 negara dengan Astro menjadi salah satunya.
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John berkata ia adalah misi bagi pihak AFC untuk menaikkan bola sepak Asia ke serata dunia.
"Dalam segala cara, penyiaran kejohanan bola sepak paling berprestij Asia ini diharapkan dapat memasuki pelbagai pasaran supaya dapat membawa nama Piala Asia AFC ke peringkat lebih tinggi," katanya.

#AsianCup2023 set to break broadcast records with over 160 territories and nations across the globe! https://t.co/Wirxem4q2n

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Piala Asia #rekod penyiaran terbesar #Konfederasi Bola Sepak Asia #Qatar #Windsor John
;