Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya

Sinar Harian
Disember 12, 2024 08:00 MYT
Pengendali Timor-Leste, Simon Elissetche (kiri), tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukannya kepada Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan A Piala ASEAN di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi
PENGENDALI Timor-Leste, Simon Elissetche, tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukannya kepada Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan A Piala ASEAN di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Menurutnya, kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama.
"Saya kurang gembira dengan kekalahan ini dan dengan beberapa keputusan yang dibuat pengadil.
"Namun, kami telah cuba berikan yang terbaik. Kami mampu bertahan dalam beberapa situasi ketika Malaysia mengawal perlawanan, namun akhirnya kami tewas.

Terima kasih kepada 7,450 penyokong yang hadir menyaksikan skuad Harimau Malaya menewaskan Timor-Leste 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/as6WAQTK3p

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami harap perlawanan ini membantu kami lebih bagus untuk perlawanan seterusnya menentang Kemboja dan Singapura," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam perlawanan itu, Syafiq Ahmad membuka tirai jaringan pada minit ke-37 sebelum skuad negara dikejutkan dengan dua gol pantas daripada Olagar Xavier dan Joao Pedro pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Terima kasih kepada 7,450 penyokong yang hadir menyaksikan skuad Harimau Malaya menewaskan Timor-Leste 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/as6WAQTK3p

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Paulo Josue menyelamatkan maruah negara dengan dua gol pada separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata berharga buat Malaysia. - Sinar Harian
#Piala ASEAN #Piala AMEC #Timor-Leste #harimau Malaya
;