Piala AFF: Tun Mahathir tiup ucapan semangat buat Harimau Malaya, Ultras Malaya

Hilmi Malik
Disember 14, 2018 15:05 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Vietnam pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Piala AFF. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ketinggalan meniup kata-kata semangat khusus buat skuad Harimau Malaya yang bakal berjuang menentang pasukan Vietnam sempena perlawanan akhir kedua Piala AFF SUZUKI 2018 yang bakal berlangsung di Hanoi pada Sabtu.
Video berdurasi 55 saat itu dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi miliknya. Apa yang pasti video itu pastinya bakal menyuntik semangat para pemain serta pasukan penyokong keramat skuad Harimau Malaya, Ultras Malaya.
"Saya ingin ucap selamat bertanding kepada pasukan Harimau Malaya yang akan beraksi di Hanoi, Vietnam.
"Buktikan kita mampu tewaskan pasukan lawan. Kepada Ultras Malaya, beri sorakan padu dan tiupkan semangat kepada pasukan kita," kata Dr Mahathir menerusi catatan video di laman rasmi Facebook beliau.
Kurang dari tempoh 24 jam bakal menjadi penentu siapakah yang akan menjulang Piala AFF SUZUKI 2018.
Terdahulu Malaysia telah berjaya mengikat Vietnam dengan kedudukan 2-2 ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
BACA: Harimau Malaya mungkin kalah sebab ...
BACA: Demam final Piala AFF: 5 jenis perempuan yang gila tengok bola
#FAM #harimau Malaya #Piala AFF Suzuki #Tun M #Ultras Malaya #WeBelangTogether