Piala AFF: Tiket separuh akhir Malaysia-Thailand habis dijual
Astro Awani
November 29, 2018 14:59 MYT
November 29, 2018 14:59 MYT
Kesemua 80,000 tiket separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand yang akan berlangsung Sabtu ini habis dijual.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan tiket perlawanan separuh akhir pertama membabitkan skuad Harimau Malaya mula dijual secara fizikal di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 10 pagi tadi.
Selain itu tiket yang dijual di cawangan terpilih al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak pagi tadi turut habis dijual.
Sebelum ini 40,000 tiket dalam talian habis dijual selepas dibuka pada Isnin dan Selasa lalu.