Piala AFF Suzuki: Malaysia ikat Vietnam 2-2

Astro Awani
Disember 11, 2018 14:35 MYT
Malaysia mengikat Vietnam 2-2 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki.
Malaysia mengikat Vietnam 2-2 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
Skuad Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun pada minit ke-36, pemain pertahanan negara Shahrul Saad berjaya membolosi gawang pihak lawan, menjadikan keputusan 1-2.
Pada separuh masa kedua pula, Malaysia sekali lagi memperolehi jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-60 melalui tendangan percuma.
Jaringan tersebut menjadikan keputusan penuh perlawanan 2-2.
#final #harimau Malaya #Malaysia #Naga Emas #perlawanan akhir #Piala AFF Suzuki #Vietnam #WeBelangTogether