Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1

Faris Danial Razi
Disember 6, 2021 11:25 MYT
Gol yang diharapkan Harimau Malaya tiba pada minit ke-22 selepas pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Safawi Rasid. - Twitter/@FAM_Malaysia
KUALA LUMPUR: Misi memburu tiga mata pertama dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 berhasil apabila skuad Harimau Malaya berjaya membenam pihak lawan, Kemboja.
Ia selepas skuad kendalian Tan Cheng Hoe menumpaskan pihak lawan 3-1 dengan aksi yang cukup meyakinkan di Stadium Bishan, Sigapura sebentar tadi.
Gol yang diharapkan Harimau Malaya tiba pada minit ke-22 selepas pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Safawi Rasid.
Separuh masa kedua berlangsung dengan lebih kemas apabila Akhyar Rashid membuahkan satu lagi gol pada minit ke-61.
Dengan mengekalkan corak permainan serangan, skuad tanah air menghadiahkan gol ketiga pada minit ke-78, hasil jaringan Kogileswaran Raj.
Bagaimanapun, skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Perjalanan Harimau Malaya diteruskan dengan pertemuan di antara Laos pada 9 disember dan dua lagi musuh kuat, Vietnam dan Indonesia pada 12 dan 19 Disember.
#Harimau Malaysia #penalti #Safawi Rasid #Malaysia #Kemboja #Piala AFF Suzuki