Piala AFF: Pesta menonton #WeBelangTogether, ribuan banjiri Dataran Merdeka

Firdaus Alauddin
Disember 15, 2018 20:00 MYT
Pesta tontonan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama radio ERA ini berlangsung sejak jam 6 petang. - Foto Astro AWANI/Firdaus Alauddin
Ribuan penyokong skuad Harimau Malaya membanjiri Dataran Merdeka di ibu negara malam ini bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Hanoi.
Pesta tontonan menerusi layar gergasi anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama radio ERA itu berlangsung sejak jam 6 petang tadi.

7.32 pm : Saya bersama penonton di Dataran Merdeka yang sedang menunggu detik sepak mula #MalaysiavsVietnam #WeBelangTogether @501Awani pic.twitter.com/AlTkyPtt8L

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

7.00 PM : Orang ramai mula membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan siaran langsung Perlawanan Akhir Ke-2 AFF Suzuki Cup 2018. #MalaysiavsVietnam #WeBelangTogether @501Awani pic.twitter.com/bajirOydT8

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya jangkakan hari ni pasukan Malaysia akan menang 2-1," kata ramal Nur Amelia Kamaruddin, 27, kepada wartawan Astro AWANI.
.
Dalam pada itu, seorang lagi yang hadir Muhammad Mahdi Johari, 27, berkata terdapat perbezaan pengalaman menonton di rumah dan di Dataran Merdeka.
"Menonton di rumah sangat berbeza, dan ini merupakan pusingan kedua dan Malaysia mesti menang," katanya berkobar-kobar.
Perpaduan atas semangat #WeBelangTogether
Sementara itu, semangat #WeBelangTogether ternyata turut menyerlahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan pecinta sukan tanahair.
Menurut Jasvinder Singh, 24, beliau turun hari ni dengan satu hasrat, menyemarakkan perasaan #WeBelangTogether.
"Kita rakyat Malaysia sebagai satu dan bola sepak hari ini menyatukan kita tanpa mengira kaum," katanya.

Ultras Malaya sedang menyanyikan lagu sebelum bermulanya perlawanan @affsuzukicup antara #MalaysiavsVietnam #WeBelangTogether @501Awani pic.twitter.com/w8HGW7AGz0

— FirdausAlauddin AWANI (@AwaniFirdaus) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat Shaunvinder, 20, menjelaskan dia yakin semangat perpaduan mampu tercipta menerusi acara sukan.
"Hari ni merupakan bukti kita semua bersatu atas satu dasar untuk pulang dengan piala bagi tanahair tercinta," katanya.
Terdahulu Malaysia telah berjaya mengikat Vietnam dengan kedudukan 2-2 ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ketinggalan meniup kata-kata semangat khusus buat skuad Harimau Malaya yang bakal berjuang menentang pasukan Vietnam sempena perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 yang bakal berlangsung di Hanoi malam ini.
Pada aksi pertama, skuad Harimau Malaya dan Vietnam terikat dua sama.
#AFF Suzuki Cup #Astro Awani #bola sepak #Dataran Merdeka #FAM #Harimau Malaysia #Mahathir Mohamad #Malaysia #Merdeka #Persatuan Bola Sepak Malaysia #WeBelangTogether
;