Piala AFF: Najib beri kata-kata semangat untuk pasukan Harimau Malaya

Syafique Shuib
Disember 20, 2014 12:49 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pasukan Harimau Malaya untuk main dengan penuh semangat. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Thailand dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 malam ini.
Video berkenaan dimuat naik di akaun YouTube rasmi Najib tengah hari tadi.
“Saya percaya pasukan Harimau Malaya mempunyai kebolehan untuk memenangi Piala AFF Suzuki. Mainlah dengan penuh semangat dan rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini,” kata Najib dalam video yang berdurasi 35 saat itu.
Sementara itu, beberapa ahli politik lain mula memberi kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya. Antaranya adalah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Let's come together tonight as a nation. Let every single Malaysian off that field be the 12th man. Win it Tigers. For Malaysia. #AFF

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Curva Ultras will be special tonight! “@ultrasmalaya07: @Khairykj terima kasih kerana memberi sokongan. pic.twitter.com/jGioq39Kvs

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semoga semangat #langmerah yg BB7 bawa akan bantu #HarimauMalaya julang piala #AFFSuzukiCupFinal2014 mlm ni in shaa Allah #PlayWithHeart

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya sokong Malaysia - Harimau Malaya! Semua tengok bola di mana malam ni? pic.twitter.com/qY51FFnfVN

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#harimau Malaya #Khairy Jamaluddin #Najib Tun Razak #Piala AFF Suzuki 2014
;