Piala AFF: Masih belum berakhir - Polking

Sinar Harian
Januari 7, 2023 05:30 MYT
Alexandre Polking bercakap pada sidang akhbar selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto Sinar Harian
PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking menyifatkan perjuangan buat pasukannya masih belum berakhir selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.
Menurutnya, skuad Gajah Perang masih mempunyai 90 minit untuk menukar keputusan tersebut kepada kemenangan di laman sendiri.
"Kami tewas tetapi masih ada aksi di laman sendiri. Saya tidak suka kalah.
"Sukar untuk menerima kekalahan ini selepas kita juga beraksi baik.
"Namun, perlawanan bagus ditonjolkan oleh Malaysia dibantu dengan sorakan penyokong mereka," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Aksi separuh akhir kedua Piala AFF kedua-dua pasukan akan dilangsungkan di Stadium Thammasat pada Selasa ini. - Sinar Harian
#Piala AFF #Alexandre Polking #Thailand
;