Piala AFF: Lee Tuck, Sergio Aguero antara dipanggil sertai latihan pusat Harimau Malaya

Bernama
November 23, 2022 05:45 MYT
Lee Tuck dan Sergio Aguero. - Foto Facebook/Sri Pahang FC
KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero menjadi antara 29 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon sebagai persiapan menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tuck dan Aguero masing-masing mewakili pasukan Sri Pahang FC akan menyertai kem itu bermula Selasa depan.
Harimau Malaya akan turun beraksi dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kemboja pada 9 Dis di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang Maldives bagi aksi kedua pada 14 Dis di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai persiapan menjelang Piala AFF kali ini.
Menurut kenyataan itu, Pan Gon kemudian akan menamakan senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF 2022.
Bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Dis), Laos di Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 6 atau 7 Jan dan 9 atau 10 Jan 2023 manakala aksi final secara timbal balik pula dijadualkan pada 13 dan 16 Jan depan.
Terdahulu, FAM menerusi senarai awal menyenaraikan 41 pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat namun selepas perbincangan dan persetujuan bersama yang dicapai di antara FAM, Pan Gon dan kelab-kelab terlibat, 12 pemain tidak dapat menyertai kem latihan itu atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.
Antaranya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), La'vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies.
FAM menerusi kenyataan sama merakamkan ucapan terima kasih kepada para pemain yang sudi menerima panggilan skuad kebangsaan bagi kem latihan kali ini, biarpun ia di luar jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pada penghujung musim bola sepak yang panjang.
"FAM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kelab yang terlibat atas kelulusan mereka untuk melepaskan pemain masing-masing, sekali gus memberi peluang kepada pemain terbabit menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada Piala AFF 2022 ini," menurut kenyataan itu.
Berikut senarai penuh 29 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya:
BIL
NAMA
PASUKAN
1.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
JOHOR DARUL TA'ZIM FC
2.
MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN
JOHOR DARUL TA'ZIM FC
3.
SHARUL NAZEEM ZULPAKAR
SELANGOR FC
4.
BRENDAN GAN
SELANGOR FC
5.
MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI
SELANGOR FC
6.
ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU
SELANGOR FC
7.
MOHD NOR HAKIM HASSAN
SELANGOR FC
8.
QUENTIN CHENG JIUN-HO
SELANGOR FC
9.
MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM
TERENGGANU FC
10.
MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM
TERENGGANU FC
11.
MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD
TERENGGANU FC
12.
MOHD FAIZ MOHD NASIR
TERENGGANU FC
13.
MUHAMMAD AZRI AB GHANI
KUALA LUMPUR CITY FC
14.
DECLAN LAMBERT
KUALA LUMPUR CITY FC
15.
MUHAMMAD AKRAM MAHINAN
KUALA LUMPUR CITY FC
16.
MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI
KUALA LUMPUR CITY FC
17.
KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI
PETALING JAYA CITY FC
18.
DARREN LOK
PETALING JAYA CITY FC
19.
RUVENTHIRAN A/L VENGADESAN
PETALING JAYA CITY FC
20.
KOGILESWARAN RAJ A/L MOHANA RAJ
PETALING JAYA CITY FC
21.
LEE ANDREW TUCK
SRI PAHANG FC
22.
DAVID WILLIAM ROWLEY
SRI PAHANG FC
23.
SERGIO FABIAN EZEQUIEL AGUERO
SRI PAHANG FC
24.
AHMAD KHUZAIMI PIEE
NEGERI SEMBILAN FC
25.
AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED
NEGERI SEMBILAN FC
26.
DOMINIC TAN
SABAH FC
27.
STUART JOHN WILKIN
SABAH FC
28.
DION-JOHAN COOLS
FK JABLONEC
29.
NUR SHAMIE ISZUAN AMIN
SARAWAK UNITED FC
Sementara tujuh pemain berikut pula diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai nama 29 pemain di atas, atas sebab-sebab tertentu atau kecederaan.
BIL
NAMA
PASUKAN
1.
MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI
TERENGGANU FC
2.
MUHAMMAD ALIF ZAKARIA
TERENGGANU FC
3.
NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM
TERENGGANU FC
4.
MUHAMMAD FAZLY MAZLAN
SELANGOR FC
5.
MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI
SELANGOR FC
6.
MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA
KUALA LUMPUR CITY FC
7.
NICHOLAS RYAN SWIRAD
SRI PAHANG FC
-- BERNAMA
#harimau Malaya #Kim Pan Gon #Piala AFF 2022 #FAM
;