Piala AFF: KBS tambah skrin besar di 19 universiti tonton 'live' malam ini

Faris Danial Razi
Januari 10, 2023 19:21 MYT
Sebanyak 14 lokasi menyediakan skrin besar pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas, yang menyaksikan Malaysia mengatasai Thailand 1-0. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lagi berita baik yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memeriahkan suasana sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam ini.
Menterinya, Hannah Yeoh memaklumkan, sebanyak 19 universiti di seluruh negara bakal menyediakan skrin besar menayangkan perlawanan berkenaan secara langsung, hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Dengan penambahan itu, secara keseluruhan, kini sebanyak 44 lokasi menyediakan skrin besar bagi penyokong Harimau Malaya menikmati suasana meriah menonton aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, Bangkok.
Sebanyak 14 lokasi menyediakan skrin besar hasil usaha KBS pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas, yang menyaksikan Malaysia mengatasai Thailand 1-0.
Berikut adalah 19 lagi senarai lokasi skrin besar yang disediakan malam ini:
Perlawanan yang bermula jam 8.30 malam ini perlu dimenangi atau sekurang-kurangnya berkeputusan seri bagi membolehkan skuad Harimau Malaya mara ke aksi final bertemu Vietnam pada 13 Januari.
Vietnam malam tadi mengesahkan tiket ke final selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi. Aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Jumaat lalu berkesudahan seri tanpa jaringan.
#Piala AFF #harimau Malaya #senarai lokasi skrin besar #Thailand
;