Piala AFF: Alami kecederaan, Khuzaimi bakal berehat panjang

Astro Arena
Disember 24, 2022 07:00 MYT
Johan berkata, tiada perancangan untuk pemain baru mengantikan posisi Khuzaimie tetapi beberapa pemain import telah disenarai pendek dan menjalani beberapa proses sebelum ditentukan siapa yang akan dibawa masuk untuk musim 2023. Foto Astro ARENA
PEMAIN pertahanan, Ahmad Khuzaimie Piee yang mengalami kecederaan ketika menentang Myanmar Rabu lalu, nampaknya terpaksa melupakan baki saingan Piala AFF.
Ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan, pemain yang baru dimasukkan untuk memperkuatkan benteng pertahanan dalam skuad Gergasi Merah itu mengalami kecederaan betis dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu gara koyak muscle betis sepanjang 1.6 sentimeter.
"Khuzaimi mengalami kecederaan otot betis dan dijangka memerlukan tempoh rehat selama enam minggu.
"FAM dan FAS sedang berusaha untuk membantu pemain tersebut menjalani proses pemulihan," katanya.
Sementara itu, Johan turut berkongsi bahawa tiada perancangan untuk membawa masuk pemain baru mengantikan posisi Khuzaimie.
Bagaimanapun, beberapa pemain import telah disenarai pendek dan menjalani beberapa proses sebelum menentukan siapa yang akan dibawa masuk untuk musim 2023.
"Tiada perancangan mendapatkan khidmat pemain lain. Saya yakin Khuzaimie akan sempat pulih untuk beraksi bersama Selangor."
#Piala AFF #Selangor FC #Ahmad Khuzaimie Piee #kecederaan
;