PFA dinobat juara Liga FAM 2013
Astro Awani
Jun 16, 2013 06:50 MYT
Jun 16, 2013 06:50 MYT
Pulau Pinang akhirnya dinobatkan sebagai juara Liga FAM musim 2013 setelah menewaskan pasukan Tumpat FC dari Kelantan 2-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang biarpun masih berbaki tiga perlawanan.
PFA mengungguli carta liga dengan mengumpul 48 setelah mengharungi 17 perlawanan dengan menang 16 kali dan hanya kalah sekali.
PFA membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta piala.
Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Sementara itu bagi Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Merzagua Abderazzak ia merupakan janji tertunai apabila berjaya membawa pasukan Pulau Pinang kembali ke Liga Perdana Musim 2014.
Ia juga hadiah buat penyokong setia negeri itu.