Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir

Astro Arena
Januari 9, 2025 17:45 MYT
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, pada Khamis. - Foto Stadium Astro
BEREGU profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, pada Khamis.
Selepas menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian, dalam pusingan 32, mereka turun bertemu wakil Korea Selatan, Kang Min-Hyuk-Jin-yong, kemenangan 23-21 dalam set pertama cukup memberikan semangat buat pasangan negara.
Bagaimanapun, wakil Korea Selatan itu berjaya mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-16.
Dalam set ketiga, Ee Yi-Yew Sin, kembali mengatur langkah dan berjaya mendahului permainan 16-13, sebelum menoktahkan kemenangan 21-18 sekali gus membawa cabaran negara ke suku akhir.
#Teo Ee Yi-Ong Yew Sin #Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian #Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia #Korea Selatan
;