Petar Segrt berminat ganti tempat Kim Pan-gon?

Astro Arena
Julai 23, 2024 05:47 MYT
Segrt yang berjaya membantu pasukan Asia Tengah itu menjulang Pesta Bola Merdeka 2023 meluahkan rasa minat untuk menggantikan Kim Pan-gon. - Stadium Astro
BEKAS pengendali pasukan Tajikistan, Petar Segrt, yang berjaya membantu pasukan Asia Tengah itu menjulang Pesta Bola Merdeka 2023 meluah rasa minat untuk menggantikan posisi ditinggalkan Kim Pan-gon.
Pengendali 57 tahun berasal dari Croatia itu bagaimanapun masih belum mendapat sebarang tawaran daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Beliau yang kini berada di Berlin dikhabarkan berjaya mendapat tawaran beberapa kelab di benua Eropah selepas sah meninggalkan Tajikistan pada Februari namun tidak berminat untuk berkelana di sana dan lebih tertarik jika ditawarkan menjadi pengendali di rantau Asia.
Mengulas mengenai keputusan Kim Pan-gon meninggalkan Harimau Malaya –- Segrt menghormati keputusan pengurus dari Korea Selatan itu selain berminat dengan corak taktikal diperkenalkan KPG.
Untuk rekod, The Crowns mencatatkan statistik cukup mengagumkan di bawah kendalian Segrt dengan antaranya menjulang Piala Pesta Bola Merdeka 2023 selain mencetak sejarah terbaik dalam debut di Piala Asia selepas beberapa kali mencuba untuk ke pusingan akhir.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#bekas jurulatih Tajikistan #Petar Segrt #menggantikan Kim Pan-gon #Skuad Harimau Malaya