Pestabola Merdeka: 26 pemain ke kem latihan pusat, Faisal Halim tiada dalam senarai

Astro Arena
Ogos 21, 2024 16:00 MYT
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente ketika sidang media pengumuman skuad Harimau Malaya ke Pesta Bola Merdeka 2024 di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama
PENGURUS Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang temasya Pestabola Merdeka 2024 dengan mengekalkan seramai 18 pemain daripada 26 daripada skuad bagi dua perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebelum ini.
Lapan pemain baharu yang kembali disenaraikan ialah penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Azam Azmi Murad, Darren Lok, Harith Haiqal Adam Afkar dan Syafiq Ahmad dengan pemain akan menyertai latihan pusat bermula Khamis pada 29 Ogos 2024.
Antara nama yang mencuri tumpuan adalah pemain muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar, yang pertama kali mendapat panggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA MENJELANG PESTABOLA MERDEKA 2024 Baca penuh siaran media ini di https://t.co/DV4a3Xz6zk#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/hJdKHqGU76

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad negara bakal berdepan cabaran Filipina dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2024 dengan satu lagi perlawanan menyaksikan Lubnan menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 4 September.
Dalam pada itu, Juan Torres Garrido, diumumkan secara rasmi sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya, untuk membantu Pau Marti bermula dengan saingan Pestabola Merdeka bulan depan. -- Stadium Astro
#Pestabola Merdeka 2024 #harimau Malaya #Faisal Halim #senarai pemain