Peru negara terakhir layak ke Piala Dunia Rusia 2018

Cynthia Ng, Israr Khalid
November 16, 2017 12:53 MYT
Peru menjadi pasukan terakhir layak ke Piala Dunia FIFA 2018 Rusia selepas menundukkan New Zealand 2-0. - Gambar Reuters
Peru menjadi pasukan terakhir layak ke Piala Dunia FIFA 2018 Rusia selepas menundukkan New Zealand 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Lima, Peru.
Jefferson Farfan dan Christian Ramos menjadi wira apabila masing-masing menyumbang gol pada minit ke-27 dan minit ke-64 untuk melayakkan "Los Incas" ke Piala Dunia buat kali pertama sejak penampilan terakhir pada 1982.
Ini merupakan kali kelima negara Amerika Selatan itu layak ke Piala Dunia.
Keputusan itu sekaligus melengkapkan 32 pasukan yang akan berentap bagi merebut piala paling berprestij sukan bola sepak itu di Rusia tahun depan.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam pertemuan pertama di Wellington minggu lalu.
#bola sepak #Christian Ramos #FIFA #Jefferson Farfan #New Zealand #Peru #Piala Dunia 2018 #Rusia 2018 #sukan
;