Pertembungan dua rakan baik di final Tenis Terbuka Malaysia esok

Astro Arena
Oktober 3, 2015 22:37 MYT
Pilihan kedua Feliciano Lopez akan menentang rakan baiknya, pemain nombor lapan dunia David Ferrer dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia, Ahad.
Pilihan kedua Feliciano Lopez akan menentang rakan baiknya, pemain nombor lapan dunia David Ferrer dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia, Ahad.
Kedua-dua pemain Sepanyol yang sama-sama bermain di kejohanan tenis sejak 15 tahun lalu masing-masing mengetepikan pemain Jerman Benjamin Becker dan pemain Australia, Nick Kyrgios.
Pilihan utama Ferrer mengetepikan Becker 3-6, 6-2 dan 6-4 dalam tempoh dua jam lima minit, sementara Lopez pemain ke-17 dunia mengetepikan Kyrgios 7-6 dan 7-6 dalam pertarungan sengit sejam 25 minit di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil.
Sejak 2005 hingga kini dalam 14 pertembungan antara dua sahabat itu, Ferrer menang lapan perlawanan berbanding Lopez menang enam.
"Memang rasa hebat dapat bermain di final tetapi di Malysia ia lebih istimewa selepas tiga penampilan, saya harap dapat menang tahun ini. Bertemu Ferrer, kawan baik saya esok akan menjadi kes yang sama.
"Ia tetap sama, kami pernah bertarung banyak kali dan hampir semua perlawanan, kami bermain dalam tiga set...kebanyakannya," kata Lopez.
Lopez muncul di Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia julung kali pada 2009 apabila beliau hanya bermain di pusingan pertama sahaja, sementara pada 2012 beliau tewas pada pusingan kedua.
Sementara itu Ferrer yang berjaya sampai ke perlawanan akhir selepas enam kemunculan berkata, beliau berasa sangat relaks semasa dalam permainan walaupun akan bertembung dengan rakan baiknya.
"Perlawanan tetap perlawanan...dua bulan terakhir tahun ini dia (Lopez) menang banyak perlawanan dan hari ini dia menunjukkan servis yang baik menentang Kyrgios. Esok saya mesti membaiki permainan. Lopez bermain lebih baik dari saya," katanya.
Sementara bagi Regu Lelaki pemain pilihan utama dari Rusia, Raven Klaasen dan Rajeez Ram dari Amerika Syarikat akan menentang pasangan pilihan kedua dari Filipina, Treat Huey dan Henri Kontinen (Finland).
Klaasen/Ram mengalahkan pasangan Republik Czech, Frantisek Cermak/Radek Stepanek, 6-3 dan 6-4 dalam masa kurang sejam.
#David Ferrer #Feliciano Lopez #final #Kyrgios #tenis terbuka malaysia
;