Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam

Astro Awani
April 30, 2020 14:08 MYT
Pandelela berkongsi pengalamannya berpuasa penuh sehari di laman sosialnya - Foto instagram@ pandelela
RATU terjun negara, Pandelela Rinong menzahirkan rasa hormatnya terhadap umat Islam yang berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.
Penerjun kelahiran Bau, Sarawak itu menerusi kiriman di Instagram rasminya beberapa hari lepas berkongsi pengalaman berpuasa penuh selama sehari.
“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar. Saya benar-benar respect (hormat) kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.
“Kagum dengan rakan atlet saya yang beragama Islam yang berpuasa,” katanya.
#air #Brazil #Islam #Muslims #Olimpik #Pandelela #Pandelela Rinong #puasa #Ramadan #Rinong #Rio de Janeiro #sukan
;