[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya

Satria Zhang
Ogos 19, 2021 15:11 MYT
Perubahan dari segi pemakanan bukan hanya berlaku pada kalangan kanak-kanak di bandar, tetapi juga semua kanak-kanak di China - Foto IC
SUKAN OLIMPIK TOKYO telah melabuhkan tirainya dan para atlet China kini sedang menjalani kuarantin selepas kembali ke tanah air. Walaupun tidak dapat melakukan latihan seperti biasa, atlet-atlet ini tidak melepaskan semua peluang dengan memanfaatkan perabot dan objek-objek yang ada dalam bilik masing-masing untuk berlatih. Vlog mereka menjadi tular dalam media sosial. Para netizen turut mencontohi mereka dan mencuba cabaran itu.
Bersenam telah menjadi amalan hidup seharian rakyat China. Secara peribadi, penulis pergi ke gim lima kali seminggu. Manakala isteri saya juga bersenam ikut aplikasi dalam telefon pintar walaupun kerjanya sangat sibuk.
Bagi anak saya yang baru masuk darjah tiga sekolah rendah, satu-satunya selebriti asing yang dikenalinya ialah Pamela Reif, model senaman dari Jerman yang telah menjadi tular di China khususnya sejak tercetus pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Anak saya bersenam mengikuti video Pamela semasa duduk di rumah setiap hari.
Berdasarkan kertas putih mengenai kemajuan hak asasi manusia China yang diumumkan oleh Dewan Negara republik itu baru-baru ini, keluasan tempat sukan di China mencatat 3.1 bilion meter persegi pada tahun 2020, bersamaan setiap individu mempunyai 2.2 meter persegi secara purata. Selain itu, jumlah orang yang sering bersenam menduduki 37.2 peratus.
Inilah asasnya China yang mencapai prestasi cemerlang dalam Sukan Olimpik di Tokyo kali ini.
Bukanlah hanya juara Olimpik menjadi tumpuan ramai, padahal setiap atlet yang beraksi cemerlang dalam gelanggang sukan juga menjadi kebanggaan negara.
Su Bingtian, atlet pertama China yang mara ke perlumbaan akhir 100 meter lelaki dalam sejarah Olimpik. Dalam peringkat separuh akhir, Su berjaya memperbaharui rekod Asia dengan catatan 9.83 saat. Ini menjadikan Su manusia ke-12 terpantas di dunia. Kesemua 11 terpantas itu adalah berketurunan Afrika yang berkulit hitam.
Selain itu, dalam perlumbaan 800 meter wanita, Wang Chunyu pula menjadi atlet China pertama yang melayakkan diri ke peringkat final acara tersebut dan beliau akhirnya menduduki nombor lima.
Seorang bekas atlet yang diundang menjadi juruacara pertandingan temasya sukan ini menyatakan bahawa dengan peningkatkan taraf hidup, pemakanan dan nutrien atlet generasi muda jauh lebih baik daripada masa dahulu.
Ini sebenarnya menjadi salah satu faktor yang membawa kepada pencapaian atlet yang semakin baik dalam acara balapan dan padang yang sangat berkait rapat dengan kekuatan fizikal.
Penulis juga ada pengalaman yang sama.
Kebanyakan kawan saya dalam gim berumur 20-an. Di samping bersenam, mereka juga mementingkan pemakanan.
Mereka makan daging lembu dan ayam yang kaya dengan protein, minum kreatina dan BCAA untuk meningkatkan persembahan dalam senaman. Keadaan sebegini memang tidak pernah penulis bayangkan ketika berumur 20 tahun.
Ketika penulis masih kecil, sarapan biasanya bubur sahaja, itu pun seperti alas perut supaya tidak lapar. Sekarang sarapan untuk anak saya setiap hari ada susu lembu, telur dan roti.
Yang lebih menggembirakan, perubahan ini bukan hanya berlaku pada kalangan kanak-kanak di bandar, tetapi juga semua kanak-kanak di negara ini.
Berdasarkan kertas putih kemajuan hak asasi manusia China, kerajaan memberikan satu pek makanan nutrien untuk bayi berumur 6 hingga 24 bulan di kawasan kurang maju setiap hari. Sehingga tahun 2020, lebih 11.2 juta bayi telah memperoleh manfaat daripada skim itu. Manakala program menyediakan makanan nutrien kepada pelajar di kawasan luar bandar telah meliputi 132 ribu sekolah, dengan kira-kira 38 juta pelajar terlibat setiap tahun.
Mungkin anda boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat China malah pencapaian hak asasi manusia di negara ini.

*Satria Zhang adalah wartawan China Radio International (CRI).
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#Tokyo 2020 #Sukan Olimpik Tokyo #China #pelajar #Kanak-kanak
;