Persiapan Olimpik: Sidang media MOM jam 3 petang nanti

Nickyson Nyambar
Julai 13, 2021 01:00 MYT
Sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena dan saluran 501 Astro AWANI pada jam 3 petang Rabu.
KUALA LUMPUR : Satu sidang media akan diadakan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui setiausaha agungnya, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, pada jam 3 petang Rabu.
Sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena dan saluran 501 Astro AWANI.
Sidang media itu turut disertai dua jaguh sukan negara iaitu juara Seluruh England, Lee Zii Jia dan pelumba basikal trek profesional negara, Azizulhasni Awang, yang dikenali sebagai 'The Pocket Rocketman'.
Sidang media itu antara lain akan menyentuh persiapan kontinjen negara menuju ke acara sukan berprestij dunia, Olimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan pada 23 Julai depan.
Turut menjadi tumpuan, semestinya prosedur serta protokol keselamatan memandangkan acara sukan itu buat julung kalinya akan diadakan dalam suasana pandemik COVID-19.
Selain itu, MOM juga akan berkongsi misi serta harapan dalam menggapai kilauan emas untuk negara.
#Olimpik Tokyo 2020 #Sukan Malaysia #Majlis Olimpik Malaysia #MOM #Lee Zii Jia #Azizulhasni Awang #Sidang media
;