Perseorangan negara terus hambar

Astro Awani
Mac 23, 2013 07:04 MYT
Badminton Piala Axiata, Malaysia sekadar seri dua sama dengan Indonesia pada saingan ketiga peringkat kumpulan di Surabaya, Indonesia, pada Sabtu.
Ia merupakan keputusan seri kedua selepas terikat menentang Thailand pada perlawanan pertama.
Perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal mengutip mata pertama apabila kalah kepada belaetrik manuputi 21-10, 21-18.
Chong Wei Feng pula tumpas kepada Tommy Sugiarto, 21-16, 21-11 saingan perseorangan lelaki.
Beregu campuran negara, Chang Peng Soon/Goh Liu Ying menyelamatkan maruah negara apabila mengatasi pasangan Muhammad Rijal/Debby Susanto, 18-21, 21-16, 21-18.
Beregu lelaki, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengekalkan rentak kemenangan dengan menundukkan Hendra Setiawan/Rian Agung Saputro 21-12, 26-24.
Malaysia akan beraksi menentang pasukan pilihan Eropah pada Ahad sebelum bertemu Singapura di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, 29 Mac ini.
#badmiton #Indonesia #Surabaya #Thailand
;