Persembahan terburuk skuad kanu pada Sukan SEA

Astro Arena
Jun 9, 2015 18:00 MYT
Pencapaian berkenaan menunjukkan kemerosotan berbanding edisi 2013 di Myanmar. - Foto Astro Arena
Skuad negara mempamerkan aksi terburuk pada Sukan SEA 2015 apabila gagal meraih sebarang pingat selepas hari terakhir acara kanu di Marina Channel.
Pencapaian berkenaan menunjukkan kemerosotan berbanding edisi 2013 di Myanmar di mana skuad negara meraih pingat gangsa tunggal menerusi Siti Rajah Ali dalam acara K1-200m wanita.
Pada aksi hari ini, atlet lelaki, Mohammad Hamdan muncul peserta terbaik negara setelah menduduki tempat keenam daripada tujuh peserta dalam acara K1-200m menerusi catatan masa 42.862 saat.
Peserta tuan rumah, Meryn Toh Yingjie meraih pingat emas dengan catatan masa 37.860s dan perak menjadi milik wakil Thailand, Aditep Srichart (39.092s) manakala atlet Indonesia, Gandie Gandie memenangi gangsa dengan catatan masa 39.240s.
Singapura muncul juara keseluruhan dengan merangkul tujuh emas dan lima perak diikuti Thailand dengan empat emas, enam perak dan satu gangsa manakala Indonesia menduduki tempat ketiga dengan kutipan tiga pingat emas, empat perak dan enam gangsa.
#kanu #Singapura #Sukan SEA
;