Persahabatan Antarabangsa: De Bruyne pamer gemilang bantu Belgium atasi Jerman

Astro Arena
Mac 29, 2023 08:40 MYT
Kevin De Bruyne menjaringkan gol ketiga pasukannya, mengecewakan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen, ketika perlawanan persahabatan antara Jerman dan Belgium di Cologne, Jerman, 28 Mac 2028. (Foto AP)
JERMAN 2 BELGIUM 3
Kevin de Bruyne mempamerkan aksi gemilang untuk memastikan ketua jurulatih baru Belgium, Domenico Tedesco, memperoleh dua kemenangan pertama berturut-turut apabila mengatasi Jerman 3-2 dalam aksi persahatan antarabangsa awal pagi tadi.
Era Tedesco bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Sweden dalam pusingan kelayakan Euro 2024 pada Jumaat lalu dan Belgium -- yang diinspirasikan oleh kecemerlangan kapten baru, De Bruyne -- sekali lagi mempamerkan aksi memukau di RheinEnergieStadion.
Jerman seakan-akan tiada cara untuk menyekat De Bruyne sepanjang sembilan minit pertama di Cologne, di mana perancang itu mencetuskan dua jaringan yang disudahkan Yannik Carrasco dan Romelu Lukaku, masing-masing pada minit keenam dan kesembilan.
Niclas Fullkrug kemudian menghidupkan peluang buat pasukan tuan ruman bimbingan Hansi Flick itu apabila menyempurnakan sepakan penalti sebelum waktu rehat tetapi penyudah sempurna De Bruyne pada minit ke-78 kembali meletakkan Jerman ketinggalan dua gol.
Serge Gnabry kembali mengecilkan jurang itu menerusi jaringannya pada minit ke-87 tetapi ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan Belgium untuk memulakan era yang cukup meyakinkan di bawah bimnbingan Tedesco.
Belgium seterusnya akan meneruskan saingan pusingan kelayakan Euro 2024 dengan melayani kunjungan Austria pada 17 Jun depan manakala Jerman pula masih belum membuat sebarang pengesahan mengenai lawan yang akan dihadapi mereka bagi perlawanan persahabatan seterusnya.

78 | GOAALLL!! DE BRUYNE! 1-3 #GERBEL

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) March 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jerman #Belgium #perlawanan persahabatan #Kevin de Bruyne
;