Perpindahan Bernardo Silva ke Barcelona sekadar spekulasi, kata wakil Man City
Astro Arena
Ogos 25, 2022 11:44 MYT
Ogos 25, 2022 11:44 MYT
FERRAN SORIANO sekali lagi menolak spekulasi mengenai keinginan pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva, ke Barcelona.
Silva acap dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou tetapi Pep Guardiola telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu mengekalkan pemain tengah Portugal itu.
Perancang berusia 30 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan ketika juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan seri 3-3 di Newcastle United, kelmarin.
Silva akan menentang Barca dalam perlawanan persahabatan hari ini dan Ketua Eksekutif City, Soriano, tidak menjangka tonggak tengah itu akan beraksi menentang Barca.
Dia memberitahu Que t'hi Jugues Cadena Ser: "Cerita ini sering timbul tetapi jauh di lubuk hati, ia tidak pernah bergerak sekalipun daripada titik permulaan."
Seminggu lagi sebelum jendela perpindahan ditutup, Soriano menambah: "Ia agak lewat untuk bercakap tentang datang dan pergi."
Pemain berusia 28 tahun itu membuat 50 penampilan buat City musim lalu selain menjaringkan 13 gol dan menyumbangkan tujuh bantuan jaringan.
Hanya Kevin de Bruyne (129) dan Jack Grealish (78) mencipta lebih banyak peluang untuk City berbanding Silva (76 kali) musim lalu. -- Stadium Astro