Permintaan Mourinho ditolak Ivory Coast

Astro Arena
Januari 1, 2017 12:14 MYT
Mourinho yakin beliau masih mempunyai beberapa pilihan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bailly 9gambar). - Reuters
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, tidak berpuas hati dengan Ivory Coast kerana menangguhkan ketibaan Eric Bailly, yang bakal terlepas aksi berdepan West Ham.
Pertahanan berusia 22 tahun itu beraksi selama 90 minit ketika United merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimanapun, dia akan terlepas kunjungan ke West Ham pada Isnin selepas Ivory Coast menangguhkan ketibaannya selama 24 jam bagi persediaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
"Bailly bakal menyertai skuad kebangsaannya. Dia perlu bersama pasukan pada 2 Januari. Kami meminta kepada Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) untuk Bailly tiba bersama pasukan pada hari berikutnya, namun mereka menolak permintaan tersebut dan dia akan terlepas aksi berdepan West Ham," kata Mourinho.
Mourinho yakin beliau masih mempunyai beberapa pilihan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bailly.
"Saya mengetahui saya akan kehilngan khidmat Bailly selama sebulan, saya masih memiliki (Chris) Smalling, (Marcos) Rojo dan (Phil) Jones.
"Saya mengambil keputusan untuk menurunkan Bailly dalam perlawanan ini kerana dia adalah pertahanan yang sangat laju dan mampu mengekang kemaraan pasukan lawan."
#Eric Bailly #Ivory Coast #Jose Mourinho #Manchester United
;