Permintaan Faizal Azumu wajar, industri sukan bakal terima berita baik - Khairy

Nailah Huda
September 8, 2021 16:03 MYT
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, beliau menerima baik cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya aktiviti sukan padang dibenarkan dan gimnasium dibuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berita baik buat industri sukan bakal diumumkan dalam masa terdekat selepas garis panduan bagi industri itu dibincang dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, beliau menerima baik cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu agar aktiviti sukan padang dibenarkan dan gimnasium dibuka.
“Permintaan @PejaofPerak untuk outdoor team sports adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan,” ujarnya.
“Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN COVID-19. Berita yang baik akan diumumkan."
Pada masa yang sama, Khairy mengumumkan bahawa garis panduan pengudaraan (ventilation) buat gimnasium akan dirangka bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN.

Permintaan @PejaOfPerak untuk outdoor team sports adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang & diputuskan di sidang MKN COVID-19. Berita yang baik akan diumumkan.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ini tidak akan mengambil masa yang lama. Namun, oleh sebab persekitaraan pusat kecergasan tertutup (indoor fitness centres), kami harus menekankan beberapa keperluan pengudaraan tertentu,” jelas Khairy.
Longgar SOP | KBS gesa buka semula gimnasium, sukan outdoor

For gyms, @KKMPutrajaya will be jointly developing some ventilation guidelines with MKN that need to be adhered to. This will not take long but because of the nature of indoor fitness centres, we must stress on certain ventilation requirements. Working on it urgently.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Ahmad Faizal menggesa Khairy supaya mempertimbang cadangan untuk membenarkan pembukaan gimnasium dan aktiviti sukan padang dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Gesaan tersebut selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP buat industri kreatif berkuat kuasa di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini.
#Khairy Jamaluddin #Faizal Azumu #SOP #COVID-19
;