Perlumbaan Rali Dakar musim 2013 diumumkan

Astro Awani
Disember 12, 2012 19:32 MYT
Laluan buat perlumbaan edisi ke-34 telah diumumkan dan ia bakal bermula di bandar Peruvian, Peru dan tamat di Santiago, Chile.
Laluan perlumbaan musim 2013 itu didedahkan oleh pengarah kejohanan Ettiene Lavigne.
Bakal bermula 5 Januari tahun depan, Peruvian yang sebelum ini menjadi tempat penamat kini dipilih sebagai medan permulaan saingan. Menurut Lavigne, perlumbaan akan melalui daerah Ica, Arequipa, Moquegua dan Tacna.
Bagi edisi lalu, rali Dakar bermula di Argentina dan melalui Chile sebelum tamat di Peru pada 20 Januari.
Perlumbaan rali dunia itu dijangka bakal melibatkan lebih 2500 orang termasuk, peserta, wartawan, penganjur, dan penonton.
#Ettiene Lavigne #Peruvian #rali Dakar
;