Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL

Astro Awani
Mei 9, 2024 14:51 MYT
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan bahawa perlawanan sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim terpaksa dibatalkan.
Dalam satu kenyataan, MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
"Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super (LS1).
"Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya," katanya.
#Piala Sumbangsih #Selangor FC #JDT #kemenangan percuma #Faisal Halim
;