Perlawanan persahabatan Scotland-England bukan sekadar aksi pemanas badan - Kyle Walker

Astro Arena
September 11, 2023 04:27 MYT
Walker menafikan bahawa mereka telah memandang rendah Ukraine dalam saingan Kumpulan C di Poland semalam. - Foto Stadium Astro
KYLE WALKER mengelak untuk meremehkan Scotland selepas England mempersembahkan rentak di bawah keupayaan sebenar ketika memerlukan sentuhan penyudah pertahanan itu untuk mengikat Ukraine 1-1 pada saingan kelayakan Euro 2024.
Namun, Walker menafikan bahawa mereka telah memandang rendah seteru mereka dalam Kumpulan C itu di Poland semalam.
England sebaliknya mahu menjadikan perlawanan persahabatan dengan Scotland -- dalam tempoh 18 bulan -- di Hampden Park pada Selasa sebagai medan untuk kembali membina momentum kemenangan menjelang Kejohanan Euro di Jerman tahun depan.
Walker memberitahu Sky Sports: “Tidak, tidak sama sekali.
“Saya suka beraksi menentang mereka, lebih-lebih lagi dengan sokongan padu peminat mereka dan suasananya.
“Semoga kami dapat memberikan persembahan yang baik.
“Mereka melakar beberapa keputusan yang baik baru-baru ini jadi ia akan menjadi perlawanan yang sukar.
“Kali terakhir kami ke sana, kami mencatat keputusan seri dalam beberapa minit terakhir menerusi jaringan Harry Kane.
“Jadi mudah-mudahan kami boleh pergi ke sana mempamerkan persembahan yang baik, tetapi ia tidak akan menjadi sekadar aksi persahabatan.”
Gol masa kecederaan Kane memastikan keputusan seri 2-2 dalam kunjungan terakhir England ke Scotland pada 2017. -- Stadium Astro
#kelayakan Euro 2024 #England #Scotland #perlawanan persahabatan