Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim ditunda

Bernama
Mei 28, 2013 23:29 MYT
Aksi satu lagi separuh akhir kedua Piala FA, antara Pahang dan kelab Johor Darul Takzim, J-D-T terpaksa ditangguhkan kerana rusuhan penyokong di Stadium Darul Makmur.
Sebelum itu, sepak mula perlawanan turut tertangguh, kerana kehadiran penonton yang melebihi kapasiti stadium tersebut.
Kedua-dua pasukan sudah bersedia untuk sepak mula, namun kehadiran penyokong berhampiran kawasan trek, menyukarkan sepak mula perlawanan dilakukan.
Lebih parah, apabila kumpulan penyokong D-T diserang oleh penyokong lawan, sehingga menyebabkan beberapa peminat mengalami kecederaan.
Komisioner perlawanan,Datuk Ahmad Fuad Daud kemudian memutuskan untuk menunda perlawanan ini atas faktor keselamatan.
Turut hadir menyaksikan perlawanan ini ialah, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, F-A-M, Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
#JDT #Johor #Pahang #Piala FA
;