Perkara akan jadi berbeza jika Christian Brooker masih ada - Dhabitah
Astro Arena
Februari 12, 2024 12:00 MYT
Februari 12, 2024 12:00 MYT
PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri terkilan di atas perkara luar kawalan kem terjun negara yang menyumbang kepada prestasi merudum termasuk kehilangan jurulatih dari Australia, Christian Brooker.
Dhabitah yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengatakan jika Christian masih bersama skuad, perkara akan menjadi berbeza berbanding situasi yang berlaku ketika ini.
"Kalau saya, saya akan cakap satu perkara. Kalau Christian Brooker masih di sini, perkara akan jadi berbeza.
"Jadi itu adalah perkara di luar kawalan kami, sesuatu perlu dilakukan," katanya menerusi Nadi Breaking.
Bekas jurulatih negara kelahiran Australia itu pernah berkhidmat selama empat tahun bersama skuad terjun elit sejak 2017 sebelum kontraknya tidak dilanjut oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro