Perisai Komuniti: Arsenal bukti keunggulan tumbangkan Manchester City dalam penentuan penalti

Astro Arena
Ogos 7, 2023 09:35 MYT
Arsenal membawa pulang trofi pertama musim ini apabila mengatasi juara 'treble' musim lalu, Manchester City, dalam penentuan sepakan penalti untuk menjulang Perisai Komuniti (Community Shield) di Stadium Wembley awal pagi tadi.
ARSENAL 1 MANCHESTER CITY 1
(Arsenal juara selepas menang penentuan sepakan penalti 4-1)
ARSENAL membawa pulang trofi pertama musim ini apabila mengatasi juara 'treble' musim lalu, Manchester City, dalam penentuan sepakan penalti untuk menjulang Perisai Komuniti (Community Shield) di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Pemain gantian, Cole Palmer, pada awalnya kelihatan sudah menjaringkan gol kemenangan City menerusi penyudah lencongnya pada minit ke-77.
Bagaimanapun, kesilapan Manuel Akanje, yang tertampan ke gawang sendiri bola daripada percubaan Leandro Trossard pada minit terakhir waktu kecederaan, mengheret perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti.
The Gunners menjaringkan kesemua sepakan penalti mereka pada ketika tendangan Kevin De Bruyne buat Manchester City terkena palang dan sepakan lemah Rodri pula diselamatkan Aaron Ramsdale.
Fabio Viera kemudian menjaringkan sepakan terakhir Arsenal dalam penentuan itu untuk The Gunners bergelar juara dengan kemenangan 4-1. - Stadium Astro

This team never gives up pic.twitter.com/yUnVbtkEkm

— Arsenal (@Arsenal) August 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Manchester City #Community Shield #The Gunners
;