Perenang negara, Welson tewaskan juara Olimpik, Mack Horton
Astro Awani
Februari 16, 2019 21:31 MYT
Februari 16, 2019 21:31 MYT
Perenang negara, Welson Sim berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Renang Terbuka Victoria, yang berlangsung di Melbourne Australia.
Welson, 21 tahun anak kelahiran Kuching, Sarawak itu menewaskan juara bertahan termasuk juara Olimpik Rio 2016, Mack Horton.
Menerusi akaun Twitter Team Malaysia, Welson meraih pingat itu bagi acara gaya bebas 200 meter menewaskan Horton.
Ini merupakan emas kedua buat Welson selepas berjaya meraih emas pada acara renang gaya bebas 400 meter dengan catatam 3:54.77.
Bagi acara gaya besar 400 meter itu, Welson turut menewaskan Horton yang hanya meraih catatan 3:55.43.