Perenang Amerika Ledecky cipta rekod dunia kedua dalam tempoh seminggu

Bernama
November 6, 2022 12:44 MYT
Sabtu lepas, Ledecky mencatatkan masa 15:08.24 dalam acara 1,500m gaya bebas Piala Dunia FINA di Toronto, Kanada. - Gambar fail AP
MOSCOW: Perenang Amerika Syarikat (AS) Katie Ledecky mencipta rekod dunia baharu dalam acara 800m gaya bebas pada Piala Dunia FINA di Indianapolis, lapor Sputnik.
Ledecky menamatkan saingan dalam masa 7 minit, 57.42 saat pada Sabtu, mengatasi rekod sebelumnya 7:59.34 yang dicipta Mireia Belmonte Garcia dari Sepanyol pada Ogos 2013.
Sabtu lepas, Ledecky, 25, mencatatkan masa 15:08.24 dalam acara 1,500m gaya bebas Piala Dunia FINA di Toronto, Kanada, sekali gus mencipta satu lagi rekod dunia.
Masa yang diciptanya itu hampir 10 saat lebih pantas berbanding rekod lama yang dicatat Sarah (Kohler) Wellbrock dari Jerman pada 2019 (15:18.01).
Pada Jumaat 28 Okt, perenang Kanada Summer McIntosh, 16, mencipta rekod baharu dalam acara 400 meter gaya bebas wanita menewaskan Ledecky pada Piala Dunia FINA 2022. McIntosh mencatat masa 3:52.80 manakala Ledecky meraih perak (3:52.88).
-- BERNAMA
#perenang Amerika Syarikat #Katie Ledecky #Piala Dunia FINA #acara gaya bebas wanita
;