Perdana Menteri ucap tahniah Malaysia capai sasaran 40 emas
Azyyati Ahmad
Disember 23, 2013 08:52 MYT
Disember 23, 2013 08:52 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ketinggalan meyampaikan ucapan tahniah di laman Twitternya kepada atlet negara yang telah berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas negara di Sukan SEA di Myanmar yang tamat malam tadi.
Penyumbang pingat emas ke-40 negara adalah Muhammad Nazreen Abdullah dan Ooi Tze Liang dalam acara terjun 10m platform seirama lelaki.
Secara keseluruhan jumlah pingat yang dimenangi oleh negara kita di acara Sukan SEA 2013 adalah 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa.
Rakyat Malaysia turut berasa bangga ke atas kejayaan para atlet yang telah mengharumkan nama negara ini dan mengambil kesempatan berkongsi kegembiraan mengenainya di media sosial.