KUALA LUMPUR: Impian Malaysia untuk memperbaiki pencapaian terbaik tempat keempat pada Piala Dunia Remaja sebelum ini tidak kesampaian apabila skuad hoki negara tewas 0-4 kepada Perancis pada perlawanan suku akhir edisi 2021 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India, malam ini.
Kapten Perancis Timothee Clement menjadi pemusnah bagi anak buah Wallace Tan apabila meledakan hatrik menerusi pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-14, 24 dan 60 untuk menbawa pasukan ke separuh akhir buat kali kedua selepas muncul naib juara pada edisi 2013.
Skuad bimbingan Aymeric Bergamo itu menjaringkan satu lagi gol menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Mathis Clement pada minit ke-31.
Perancis akan berdepan dengan Argentina pada peringkat separuh akhir manakala Malaysia akan menentang Belanda bagi menentukan kedudukan kelima hingga kelapan, Jumaat ini.
Argentina, juara edisi 2005, melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan Belanda 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
"Ini merupakan salah satu proses pembelajaran kepada kita, selepas membuat persiapan dalam masa yang singkat berikutan pandemik COVID-19," kata ketua pasukan Akhimullah Anuar Esook selepas perlawanan itu.
Malaysia memulakan kempen dalam Kumpulan A dengan menewaskan Chile 2-1 pada 24 Nov lalu sebelum terikat 1-1 dengan Belgium (26 (Nov) dan mengalahkan Afrika Selatan 4-3 pada 27 Nov.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam Piala Dunia Remaja ialah dengan menduduki tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi sulung pada 1979, 1982 dan kali terakhir pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
![Perancis sekat Malaysia ke separuh akhir Piala Dunia Remaja 2021 Perancis sekat Malaysia ke separuh akhir Piala Dunia Remaja 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638378063_MalaysianHockeyC.jpg)
Skuad hoki negara tewas 0-4 kepada Perancis pada perlawanan suku akhir edisi 2021 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar. - Gambar/ FB Malaysian Hockey Confederation
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Turun sebagai pasukan 'underdog' bukan alasan tiada tekanan Turun sebagai pasukan 'underdog' bukan alasan tiada tekanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455355438_HokiStick.jpg)
Turun sebagai pasukan 'underdog' bukan alasan tiada tekanan
Turun sebagai pasukan 'underdog' tidak bermakna skuad negara tidak menghadapi tekanan sebaliknya perlu memberikan saingan hebat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016