KUALA LUMPUR: Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Perak FC untuk mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia biarpun tewas 1-2 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik, malam tadi.
Skuad The Bos Gaurus mara ke suku akhir dengan agregat 4-3 dan akan berdepan sama ada Sabah FC atau Kuching City FC.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu, skuad bimbingan Mohd Nafuzi Muhammad Zain membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Manuel Hidalgo selepas bola terkena tangan pemain tengah Perak Sunday Kolawole Afolabi.
Perak yang ketinggalan 0-1 dihukum beraksi dengan 10 pemain selepas pemain gantian Mohamad Khairul Asyraf Ramli dilayangkan kad merah kerana mengasari Amirbek Juraboev pada minit ke-55.
Walaupun mempunyai kelebihan pemain, KDA FC terpaksa bergelut sebelum berjaya menghasilkan gol kedua menerusi Mohd Akmal Md Zahir pada minit ke-82, namun kegembiraan itu lebur apabila Seo Seonung menjaringkan gol tunggal Perak tiga minit kemudian.
Jaringan tersebut menghampakan kira-kira 9,000 penonton di Stadium Darul Aman yang mengharapkan sekurang-kurangnya perlawanan diheret ke penentuan penalti, namun sebaliknya Perak melangkah ke suku akhir dengan kelebihan satu gol.
Terengganu FC turut mara ke suku akhir dengan bergaya apabila merakam kemenangan agregat 7-0 selepas menewaskan pasukan Liga M3, KL Rovers 3-0 pada pertembungan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Pemain tengah skuad Penyu Mohd Nor Hakim Hassan mencuri tumpuan apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-32 dan 89 sementara Liridon Krasniqi turut mencetak nama sebagai penjaring apabila menggandakan kedudukan buat pasukan pada minit ke-72.
Terengganu FC akan membuat perhitungan sama ada berdepan Selangor FC atau PDRM FC di pentas suku akhir.
Terdahulu, juara 2021 Kuala Lumpur City FC (KL City) menjadi pasukan pertama melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-0, selepas menewaskan Penang FC 1-0.
Pada pertembungan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, penyerang tuan rumah Tchetche Kipre memastikan peminat skuad The City Boys tidak pulang hampa apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-70.
Menanti KL City di pentas suku akhir adalah pemenang antara Sri Pahang FC dan Harini FT yang akan membuat perhitungan malam ini (Sabtu) dengan skuad Tok Gajah mempunyai kelebihan satu gol selepas menang 3-2 pada aksi pertama awal bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Pemain KDA FC Manuel Federico Hidalgo Gasparini meraikan jaringan gol pertama perlawanan ketika menentang pasukan Perak FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 di Stadium Darul Aman di Alor Setar, 18 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.