BAGI menghangatkan lagi pertemuan dua seteru utama dalam bola sepak England, Manchester United dan Liverpool, dua kelab penyokong rasmi di Malaysia mengadakan satu perlawanan persahabatan di Shah Alam baru-baru ini.
Pasukan yang menang sedikit sebanyak berpeluang menutup mulut kelab penyokong lawan buat seketika di atas padang, sebelum perlawanan sebenar dua kelab itu dimainkan pada Ahad, pukul 10.05 malam.
Kedua-dua kelab penyokong, Red Army Malaysia (Manchester United) dan All Reds Malaysia (Liverpool) tidak pernah bertemu sebelum ini, sama ada dalam perlawanan futsal atau bola sepak.
Bagi merapatkan lagi hubungan antara dua kelab penyokong ini, sudah pasti perlawanan bola sepak menjadi pilihan selain mengadakan acara menonton perlawanan dua kelab itu.
All Reds memiliki kelebihan kerana mereka sangat aktif dalam liga bola sepak sosial dan pengalaman itu digunakan untuk menewaskan Red Army, yang baru sahaja menubuhkan pasukan bola sepak ini.
Tambahan pula, Red Army memberi peluang kepada kesemua ahli untuk bermain, tidak kira apa latar belakang mereka.
All Reds yang turun dengan hanya 15 pemain berbanding Red Army, 35 pemain, mendapat gol awal menerusi Rayjal Jalil sebelum Shah menggandakan jaringan.
Kelab penyokong Liverpool itu mempunyai banyak peluang di depan gol namun gagal menjumpai penyudah.
Peluang itu diambil Red Army untuk merapatkan kedudukan menerusi Ijan Giggs dalam babak kedua, apabila pemain-pemain All Reds mula keletihan.
Bagaimanapun, rakan All Reds dari Singapura, Aidil Jufri memastikan kemenangan pasukan itu dengan gol ketiga, beberapa minit sebelum tamat perlawanan.
Perlawanan berkesudahan Red Army 1, All Reds 3.
Perlawanan antara Manchester United dan Liverpool akan berlangsung di Old Trafford pada pukul 10:05 malam Ahad dan akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport saluran 816 SD dan 834 HD.
Ian Johan Ariff
Sat Feb 23 2019

Barisan All Reds Malaysia yang menewaskan Red Army Malaysia 3-1 di Shah Alam pada Selasa.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

#AWANIFinalUCL: Penyokong Spurs dan Liverpool mulakan banter
Mana ada penyokong yang akan kata pasukan mereka akan kalah, ini ramalan penyokong Spurs dan Liverpool.