Penyokong pengsan, dipijak beli tiket final Piala Malaysia

Sinar Harian
Oktober 25, 2018 13:38 MYT
Kaunter tiket yang dibuka jam 10.30 pagi tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini telah diserbu kira-kira 3,000 penyokong hingga - ada yang pengsan dan dipijak orang ramai.
PENYOKONG Terengganu FC terpaksa berasak untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Terengganu FC menentang Perak, di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Kaunter tiket yang dibuka jam 10.30 pagi tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini telah diserbu kira-kira 3,000 penyokong hingga ada yang pengsan dan dipijak orang ramai.

Malah orang ramai mula membanjiri stadium tersebut sejak malam tadi dan sanggup 'berkampung' di sini bagi memastikan mereka mendapat tiket perlawanan akhir itu.

Bagaimanapun, difahamkan hanya 2,000 tiket dijual di sini.
#bola sepak #fanatik #Perak FC #Piala Malaysia #Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah #Terengganu FC
;