Penyokong minta tarikh aksi JDT-Sarawak dipinda

Astro Arena
September 17, 2015 08:13 MYT
Penundaan perlawanan itu diharap dapat memberi ruang kepada JDT untuk membuat persiapan terbaik bagi menghadapi juara bertahan Piala AFC dari Kuwait itu. - Gambar Astro ARENA
Penyokong Johor Darul Takzim (JDT) menggesa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) agar membuat permohonan meminda perlawanan Piala Malaysia melibatkan JDT dengan Sarawak pada 26 September depan.
Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching, tiga hari sebelum aksi separuh akhir pertama Piala AFC dalam kunjungan ke Al-Qadsia.
Harimau Selatan mencipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia pada Selasa apabila muncul pasukan pertama yang berjaya melepasi peringkat suku akhir Piala AFC.
Penundaan perlawanan itu diharap dapat memberi ruang kepada JDT untuk membuat persiapan terbaik bagi menghadapi juara bertahan Piala AFC dari Kuwait itu.
#Bola Sepak Negeri Johor #Johor Darul Takzim #Kuching #Sarawak #stadium negeri